Pengangkutan Wangsa Maju

Nombor Plat Pendaftaran

Nombor plat pendaftaran bagi bandar Wangsa Maju menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia adalah W dan V

Jalan Raya & Lebuh Raya

Kawasan Wangsa Maju telah dihubungkan dengan Jalan Persekutuan Utama iaitu Jalan Genting Klang yang menghubungkan Pusat Bandar Kuala Lumpur dengan Wangsa Maju dan Setapak. Manakala Jalan Gombak-Genting Sempah menghubungkan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur dengan melalui Gombak hingga ke Genting Sempah,Selain itu juga, Rangkaian Lebuh Raya Asia juga terletak berhampiran dengan Wangsa Maju iaitu MRR2 dan Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Jln. Duta-Greenwood) (Greenwood-Gombak) (DUKE) .

Pengangkutan Awam

Transit aliran ringan

Terdapat 2 Stesen LRT RapidKL yang menjadi pengangkutan utama masyarakat Wangsa Maju ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur iaitu ,  KJ3  Wangsa Maju LRT Station and  KJ4  Sri Rampai LRT Station

LRT Wangsa Maju

Rapid Bus

Terdapat beberapa bas utama yang mengelilingi Wangsa Maju iaitu  T221  Sri Rampai LRT Station - Taman Melawati , T222  Chow kit - Taman Melawati , 251  Chow Kit - Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 5 Wangsa Maju dan  T251  Sri Rampai LRT Station - Wangsa Maju seksyen 10